May 24, 2013

Berlalunya...

assalamualaikum!!

lama dah tak updated. my last post was in February. memang busy sangat-sangat. kawad,bola baling,gilap gapai yang tak tergapai-gapai. so many things happen. pertandingan kawad kitaorang menang no 2. bolehlah kekalkan kedudukan tahun lepas. alhamdulillah :)

saya exam mid term bulan 5 nie...daripada awal may sampai hari nie...rasa tak adil dengan budak2 form three..dorang start bukan main lambat habis bukan main awal tadi...since ini adalah mid term saya yang terakhir saya memang cuba buat yang terbaik.mengharapkan untuk tiada fail langsung untuk mid term nie but macam dh tahu je subject apa nak fail. maaf teacher norazah! saya dah cuba buat yang terbaik untuk paper addmath saya..

paling tak best sekali exam biology la which is semalam..xtau la kena food poisoning ke ape..tapi memang sakit perut je..masa paper one 10 soalan terakhir dah bantai and terus tidur. memang tak larat time tu but for me nie paper bio yang test pad yang digunakan habis guna..exam exam before nie bolehlah bawak balik buat main roket gitu!

mother's day pulak. lima tahun jadi budak asrama this year je tak balik and cakap happy mother's day mama!call mama? hee. xhafal number mama. semua save dalam phone but don't worry hari-hari mother's day so mama kalau mama baca ni mama kena tahu yang acha selalu sayang mama,doakan mama dan ingat mama sebab mama mama acha.terima kasih sebab lahirkan acha,susukan acha,didik acha jaga pakai makan minum semua..terima kasih banyak-banyak mama!! moga balasan yang baik-baik sahaja daripada Allah taala untuk mama dan tak lupa juga nenek tersayang yang banyak berkorban untuk diri ini..happy mother's day..sayang kalian sampai jannah..

Dan hari ini kitaorang buat sambutan hari guru dekat sekolah..memang lain dari yang lain sangat sebab selalu sambut hari guru dari pagi sampai balik tapi tahun nie sambut hari guru lepas rehat and lepas semua exam habis.siap ada tema lagi tahun nie or saya sendiri xpernah concern yg before2 this hari guru ada tema..hee~
cikgu2 semua sporting2..siap comel je buat ape benda tah gwiyomi tu...to all teachers daripada lahir sampai saat ini kerana menjadi penunjuk jalan,penyuluh cahaya dan pembimbing kehidupan.terima kasih kerana menerangi hari-hariku wahai guru-guruku. semoga rahmat Allah bersama kalian dan syurga Allah untuk kalian kelak.insyaAllah :)

akhir sekali, saya nak cakap yang kehidupan ini memang macam roda-roda yang sentiasa berpusing.kadang-kadang ada diatas dan kadang-kadang dibawah tapi itulah warna-warna kehidupan. sabar tu memang sangat penting dalam belajar tentang hidup ni. bukan kita minta semua ini Allah jadikan sesuatu ada sebabnya dan saya tahu itu semua yang terbaik untuk saya

No comments: