Feb 2, 2013

IKHLAS ITU INDAH

assalamualaikum :)





 "Ikhlas itu umpama semut hitam diatas batu hitam pada malam yang gelap gelita"


hello semua ! jadi main topic pada hari ini adalah IKHLAS. saya belajar frasa ini daripada kawan2 saya tahun ni. Amy yang cakap dan keep repeating the same thing kalau saya merungut buat sesuatu. lama2 rasa annoying tau bila semua orang sebut benda yang sama and kita xtahu apa maksud frasa tu padahal dah boleh dah hadam cepat2 maksud dia. hee~ maaf reception sedikit lambat.

jadi sebenarnya ada banyak skop2nya antaranya ikhlas ini apabila kita xmenunjuk2 apa yang kita buat.dalam erti kata lain kita memang buat semata-mata Allah taala. Saidina Abu Bakar pernah berkata:

Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

betapa Allah s.w.t sendiri mengkehendakkan kita sendiri ikhlas dalam beribadat kepada-NYA. Ikhlas itu sebenarnya bila kita:

  • Menyembunyikan amal 
  • Berani menanggung risiko 
  • Tidak malu mengatakan “aku tidak tahu” 
  • Takut tidak diterima amalnya 
  • Memandang rendah amalnya


jadi tepuk dada tanya selera. dimanakah tahap keihklasan dalam beribadat kita kepada-NYA. ingatlah nabi pernah bersabda:

 Orang yang paling bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah yang mengucapkan Laailaahaillallahu dengan ikhlas dari dalam hatinya (Bukhari)

jadi marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik lagi. memang kita bukan manusia yang sempurna tapi ruang untuk berubah itu sentiasa ada bagi sesiapa yang menginginkannya.

I found this! check it out :)




assalamualaikum and cheerio~

No comments: