ya! ya! apa khabar semua? so how cuti? banyak dapat oren? ang pau? open house? balik kampung? me? duduk rumah berkampung bersama-sama buku2 dan tmc :(
RANCANGAN ALLAH ITU YANG TERBAIK BUAT KITA.
then,my friend came and cakap rancangan Allah itu yang terbaik. dia cakap tak pernah dengar ke "kita merancang dan Allah yang menentukan".and dia tanya saya beberapa soalan. masa kau berusaha dapatkan benda tu ada tak kau niatkan benda itu untuk Allah? *senyap jap* , then dia tanya lagi kau tak percaya dengan kebesaran Allah ke since kau asyik tanya kenapa dan kenapa. hokaay! sentap dekat situ. kelu lidah tak terkata.
then she explained everything to me.
dia cakap:
Allah itu Maha Mengetahui apa yang terjadi yang tengah terjadi dan akan terjadi. kita sebagai hamba kena yakin dengan rancangan DIA. DIA dah tentukan yang terbaik untuk diri kita. memang betul apa yang kita tetapkan untuk diri kita itu yang terbaik dan DIA tahu apa yang kita rancangkan tapi kita kena sedar apa yang kita rancangkan jugalah baik buruknya Allah yang lebih mengetahui.yang pasti kita kena tetapkan iman kita dekat Allah. yakin dan yakin dengan apa sahaja yang dia bagi itu yang terbaik dan haruslah kita meniatkan sesuatu semata mata kerananya. Andai apa yang kita kehendaki itu kita tidak dapat jangan pernah kita bersangka buruk dengan yang di atas sana. kalau perlu balik ke fitrah alam seperti menangis balik lah ke fitrah alam kalau itu yang dapat meredakan kesedihan kita. tapi janganlah asyik nak berduka lara. lepas dah nangis tu try duduk and motivate diri kita. fikir yang positf2 je. kita nie hidup kena kawal akal kita.jangan biarkan akal mengawal kita. insyaAllah yg terbaik itu akan datang. get it?
*masa tu macam samar samar lagi*
then Allah tunjuk macam2 yang buat saya sedar apa yang kawan saya cakap ni ada betulnya. macam2 perkara gembira yang menceriakan hidup dan perkara sedih yang mendewasakan saya. masa tu saya terfikir kalau saya ikut plan asal kehidupan saya adakah saya dapat rasa semua ini? segala suka duka yang saya ada sekarang boleh ke saya dapat dengan plan asal hidup saya? jadi conclusion yang saya dapat jangan pernah sedih denga apa sahaja yang Allah beri kepada kita. andai ia satu ujian ataupun nikmat bergembiralah kita sebab semua itu tanda yang DIA masih ingat kepada kita. sentisa rajinkan bibir kita dengan kalimah alhamdulillah atas setiap yang diberikan untuk kita. and for sure doa itu penting. senjata perisai seorang muslim :) insyaAllah.
![]() |
| have faith in Allah people! |
~cheerio and assalamualaikum :D

No comments:
Post a Comment