so how is it your cuti? mine is alhamdulillah terisi dgn banyak perkara yg bolehlah dikatakan bermanfaat.
" B.E.R.S.I.H "
ok2. to be clear saya bukan nak bercakap pasal mana2 perhimpunan bersih. bersih diatas adalah bertujuan untuk bercakap tentang bersihkan hati. well, banyak benda yang jadi belakangan ini yang banyak sangat mengajar. saya tak cakap yang hati saya cukup bersih sampai konon2 je nak ajak orang bersihkan hati. mohon berfikir sejenak hidup dekat dunia ni umpama pedagang yang bermusafir satu hari nanti akan pulang bertemu tuhan ya.
betullah hati manusia sukar nak jangka. kita rasa dia ok dengan kita tapi kita tak tahu apa dalam hati dia sampai satu tahap dia reveal everything and kita macam hah? rupa2nya ada benda yang dia tak suka kat kita. gaya kita or mungkin cara kita. satu benda yang kita sebenarnya kene tahu adalah tak semua manusia sama.kita xboleh nak expect seseorang tu sekepala dengan kita.dengki mendengki dan benci membenci nak bawak pergi mana? macam tak best kan kalau gaduh2 lepas tu jumpa masing2 paling muka.
dan tak kejam saya nak cakap yang benda ni semua tak matang. semua ni sebenarnya balik kepada hati. why not kalau rasa tak puas hati or rasa marah sangat dekat seseorang tu kita pergi dekat dia kita cakap dengan dia. dengar macam senang. tapi nak buat tu rasa macam susah en? daripada dok mencanang keburukan orang lain sampai mendoakan kematian orang lain bukankah itu keterlaluan?kalau rasa tak boleh nak terus-terang baik simpan dalam hati daripada buat dosa en?
saya bercakap bukan kerana saya rasa saya bagus atau perfect. in hanya pendapat setelah melihat apa yang terjadi disekeliling saya dan diri saya sendiri.dan satu perkara lagi apa yang saya cakap ini tidak ditujukan kepada sesiapa tapi kalau terasa better check balik hati tu. kay?
seperkara lagi,kita ni jangan simply judge orang tanpa usul periksa. jangan mudah sangat untuk membuat telahan demi telahan sampai kadang-kadang kita lupa nak jaga hati si fulan yang lain. kalau bukan masalah kita jangan sibuk tambah beban untuk tanggungkan masalah orang lain and hidup untuk belajar memaafkan orang lain. Allah taala pun Maha Pengampun apatah lagi kita yang lemah ni en? trust me, momohon maaf itu lebih baik walaupun kita rasa kita tak salah. bila dah maafkan hati pon tenang.tak delah nak rasa sakit hati je. biarlah orang sibuk nak cucuk jarum buat kita bencikan mereka semula janji kita dah maafkan. yelah mulut orang mana boleh tutp en?
ustazah saya pernah cakap dalam diri manusia ni ada segumpal daging iaitu hati. sekali kita buat dosa akan ada titik hitam dekat hati kita. kalau banyak buat dosa lagi banyaklah kan? banyakan amal ibadah untuk membersihkan hati kita. macam tu lah ustazah saya cakap.
p/s: mohon maaf anda ada apa2 yang saya cakap ni buat anda tersinggung. and again, benda ini tidak
ditujukan kepada sesiapa. kalau rasa ada kebaikan bolehlah amik. kalau tidak you may walk away.
saya sendiri pon cuba untuk mengaplikasikan apa yang saya cakap.if ada apa saja yang saya buat tu
salah sila2 ringankan mulut untuk menegur instead of bash or kutuk belakang. sorry again.
salam Jumaat ya!!
~assalamualaikum and cheerio :)




No comments:
Post a Comment