aku rindu waktu dulu,
waktu semuanya masih dihiasi dengan warna pelangi yang ceria,
waktu semua masih tahu apa itu makna kasih dan sayang,
waktu yang semuanya inginkan hanya sebuah kegembiraan bukan kebencian
bukan aku benci masa kini,
cuma keadaan yang berubah ini telah merubah banyak perkara
yang pasti
yang dulu itu tidak boleh kembali kerna ia hanya kenangan
yang kini
harus ditempuhi kerana ini perjuangan
yang aku pasti
aku sayang waktu dulu dan aku kasih dengan masa sekarang
kerana
kedua-duanya adalah milik aku sementara masih dibumi ini.
~cheerio and assalamualaikum ~

No comments:
Post a Comment