minggu nie dah masuk minggu ke lima untuk cuti sekolah kali ini dan tinggal lagi dua minggu sebelum sekolah di buka. how time flies :(. it's ok duduk rumah lama-lama tak buat apa-apa pun bosan juga. otak pon dah slow lagi tepu. this time saya nak cakap pasal beberapa situasi yang terjadi dalam lima minggu ni.
SITUASI PERTAMA
SITUASI KEDUA
seorang lelaki sedang makan malam di sebuah restoran. tiba-tiba datang seorang lelaki cina dan duduk di meja itu. kebetulan meja di restoran itu telah penuh dan meja lelaki itu sahaja yang kosong. lelaki cina itu pun membuat pesanan. sementara menunggu pesanannya tiba dia memerhatikan sekeliling restoran. pandangannya jatuh pada sepasang lelaki dan perempuan. perempuan itu memakai skirt paras lutut dan tidak berlengan. lelaki cina itu berpaling ke arah lelaki yang sedang makan dan bertanya "islam buat apa kalau pakai menjolok mata?" sebab dia tengok orang dekat middle east semua bertudung litup. siap tutup muka bagai. dia cakap macam tu sebab bagi dia orang dekat middle east tu pon sama agama dgan orang dekat malaysia. lelaki yang sedang makan itu hanya menjawab yang wanita itu belum mendapat hidayah.
SITUASI KETIGA
situasi terakhir ini mengenai sepasang kekasih. yang lelaki beragama islam dan yang perempuan ini berbangsa cina.satu hari lelaki itu melamar perempuan itu. perempuan itu sebenarnya sudah lama bersedia untuk memasuki islam bukan sebab lelaki itu tetapi sebab dia sudah tertarik dengan agama islam. dia sudah mempelajari sedikit demi sedikit mengenai agama islam. jadi apabila lelaki itu melamarnya dia jadi ragu untuk menerima lelaki itu kerana lelaki itu tidak memenuhi syarat untuk membimbingnya menjadi wanita solehah. lelaki itu memberitahu yang banyak kelas agama di luar sana yang boleh mengajar dia jika dia ingin menganut agama islam dan dia mengatakan yang dia masih nak enjoy kehidupan. dah tua nak mati barulah kita taubat. wanita cina itu tidak tunggu diam lagi dan terus menolak lamaran lelaki itu kerana dia berpendapat jika lelaki itu snediri tidak boleh membimbing diri sendiri bagaimana hendak membimbing dia.
okay berdasarkan cerita cerita ini saya pasti yang orang ramai sudah tidak berasa pelik kerana situasi begini sudah banyak berlaku di sekitar kita tanpa kita sedari sebenarnya. guys pernah dengar x yang islam itu agama yang syumul?cuba jangan prejudis dengan islam. islam itu xmenyusahkan umatnya.
cuba tengok situasi pertama. alasan tidak mahu wanita bertudung bekerja sebab takut mereka tidak boleh speaking. habis tu kalian fikir yang xpakai tudung tu semua boleh berabuk speaking.lebih memalukan orang seagama kita yang cakap macam tu. remember,bahasa syurga nanti bahasa arab dan untuk dua orang gadis ini tidak perlulah bersedih hati dan berduka cita kerana masih belum menemui pekerjaan yang sesuai. sebab rezeki Allah tu luas.
situasi ke dua pulak lebih kepada hidayah.sayang sayang semua, hidayah Allah itu sentiasa bersama kita. hanya terpulang pada diri seseorang untuk menerima atau menolak hidayah Allah. yes! memang hati kita Allah pegang. tapi kalau kita yang taknak macam mana sebab dekat sekolah kita belajar pasal agama.pasal aurat. tu bukan hidayah?
dan kisah yang terakhir ini saya ingin membuka kepada skop yang lebih meluas. dalam satu hadith nabi, nabi ada cakap yang menyebarkan agama aku itu salah satu sunnahku. jadi menyampaikan agama islam itu sunnah. jom! kita penuhkan diri dengan ilmu agama. sikit- sikt pun xpe. boleh kita sampai-sampaikan .kan sunnah?jnganlah tunggu dan tua. takut xsempat sebab Hlovate cakap 'the man who decided to change at 12th dies on 11th.so sama sama kita renungkan.
bila saya muhasabah diri, saya pun ada kekurangan dekat sana sini. masih ada lubang-lubang yang saya kena tutup. saya bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak sebab saya pun sama melakukan kesalahan. tapi tak salah kan kalau kita menasihati untuk kearah kebaikan.jadi saling berpesanlah kita untuk kebahagian sejagat.
p/s : kepada sesiapa yang baru terjaga jom buat qiyam!
~cheerio and assalamualaikum :)


.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment