assalamualaikum :)
orang selalu tanya " sha, kenapa tinggal dengan atuk nenek? parents mana? ". kalau rajin berjawablah soalan hamba2 Allah ini. tapi kalau kemalasan melanda, jawapan dia hanya senyuman. sebenarnya tiada yang rahsia pun. sejak lahir memang dah tinggal dengan atuk nenek. saya kan hero atuk nenek! kalau saya tidak tinggal dengan nenek atuk siapa nak jaga diorang? di usia emas ini sayalah orang yang bertanggungjawab untuk bahagiakan mereka sebab 16 saya dilahirkan mereka yang jaga saya
pasal parents pulak. mereka ada. masih ada dan masih setia menyokong saya daripada belakang. mereka cuma berada dekat kampung. kata mama nak ubah angin. nak rasa pulak jadi orang kampung. haha. so here I am! meneruskan sisa sisa kehidupan berbakti kepada kedua atuk dan nenek. selagi mereka masih ada. tidak mahu mengecewakan hari hari terakhir mereka dengan kegagalan saya. setiap kejayaan yang saya hasilkan,insyaAllah semuanya hanya untuk mereka berdua.
for some friends, yg kadang-kadang tertanya -tanya kenapa apa2 aktiviti dekat sekolah nenek yang datang and kenapa dari form one hanya nenek dengan atuk yang datang melawat? saya tak salahkan kalian untuk bertanya. ini saja yang saya mampu jawab. lebih daripada itu biarlah jadi rahsia kehidupan saya. and insyaAllah kalau diizinkan Allah untuk saya cerita saya akan cerita. to my beloved atuk and nenek, I can't imagine my life without you guys :)

No comments:
Post a Comment