Aug 21, 2012

have faith in Allah :D

assalamualaikum dan salam ukhwah!


baiklah tak lambat lagi untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua umat muslimin walaupun nie dah nak masuk raya keempat. ok! tapi dekat sini bukan nak cerita pasal raya. cuti raya seminggu saya belum habis lagi so nothing untuk dicerita.

back to our topic! have faith in Allah..tengok tajuk pun korang mesti rasa saya merepek sesuatu. ya! saya sedang  merepek pasal IMAN. pernah dengarkan lagu yang berbunyi macam ni "iman x dpat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..bla bla bla " so from that kita pon tahu iman tu yang membentuknya adalah diri kita sendiri. ok abaikan! dan macam nak lari tajuk tu..

sebenarnya saya ada baca satu novel. ok! kalau cakap novel je mesti orang fikir saya baca novel cinta yang cintan cintun tu. ya! saya memang baca novel tu. tapi pengisian dia sangat dalam. dekat dalam novel nielah saya dapat sedikit pengisian buat kekosongan yang ada dalam diri ini :)

novel apa? nanti saya tunjuk gambar. nak dekat empat perenggan tu hanya mukadimah je. apa yang saya nak kongsi adalahh apa yang saya dapat dari tema "HAVE FAIITH IN ALLAH" yang ada dalam novel nie.

pertama sekali adalah cinta Allah cinta agung&hakiki.
 

saudara seislam saya,perkara pertama yang kita  kena ada dalam hati kita sebenarnya adalah Allah. sebab dari dia kita datang dan kepada dia kita kembali.cinta dia adalah cinta hakiki.kesedaran yang saya dapat apabila heroin novel tu cakap jangan mudah bagi cinta kita kepada yang tidak berhak. meaning, dalam usia saya meningkat remaja ni mustahillah kalau saya atau sesiapa je dekat luar tu xpernah ada crush? saya pun ada minat orang! rilekslah. sebab tu kita kena ada iman dalam diri kita.iman itulah yang memelihara agar selepas cinta kepada Allah,,rasul dan ibu bapa cinta itu kita beri kepada yang berhak iaitu suami (maaf ya! post nie banyak kepada perempuan).ayuhlah kita pelihara cinta itu agar ia menjadi cinta yang terpelihara.

 iman tu sendiri sebenarnya perisai yang paling baik untuk kita menundukkan nafsu kalau kita tahu caranya bagaimana.selain iitu kalau kita tahu apa itu maksud tanggungjawab insyaAllah kita dapat elak dari perkara2 lagha ni.sebabnya kitakan ada tanggungjawab yang banyak. tanggungjawab dengan Allah,ibu bapa,pelajaran dan yang paling penting dekat diri senndiri.tanggungjawab itukan amanah. bila dah sibuk jaga amanah dari Allah kan kita boleh jauhkan diri kita dari perkara perkara lagha tu sebab kita tak nak Allah murka dengan kita bila kita xjaga amanah DIA. :)

konklusi daripada point pertama yang saya dapat dari novel ini adalah. apabila adanya Iman dalam diri kita,insyaAllah kita dapat cari cinta Allah. dapat tak saudari2 melihat kaitan antara cinta Allah, iman, tanggungjawab dan amanah Allah? semua tu berkait untuk cari yang first sekali tu iaitu cinta Allah,cinta hakiki :)

baiklah,sebenarnya ada empat point yang saya dapat. tapi saya boleh cerita satu je. taknak saratkan otak sesiapa dengan apa yang saya tengah merepek tu. saya minta maaflah kalau apa yang saya cakap ada salah dan silapnya.sebab saya xpandai nak berfalsafah. saya hanya memberi pendapat dari cetusan idea yang diilhamkan kepada saya sahaja.

so this is the novel! bacalah kalau sesiapa yang ingin melakukan sebuah penghijrahan :)




p/s: saya minta maaf kalau post ini boring :D







~cheerio and assalamualaikum

No comments: