Feb 4, 2012

Jom tutup aurat:)

salam..

tajuk untuk hari ini bagi diri aku sendiri adalah sangat complicated...mengapa?sebab ini berkaitan dengan dosa dan pahala,redha dan murkanya ALLAH taala terhadap kita.hari tu dekat hostel biro agama asrama aku ade menganjurkan teka teki sindiran dan soalan dia berbunyi seperti ini:

antara orang yang tak bertudung dengan orang yang bertudung yang
 manakah
 merasakan diri mereka lebih berdosa??

jawapan bagi soalan ini adalah wanita yang bertudung sebab apabila seseorang wanita itu bertudung mereka telah memenuhi syarat untuk menutup aurat..jadi mereka merasakan berdosa untuk mendedahkan anggota badan mereka yang lain..wanita ini memang aku tabik sangat sebab iman di dadanya sangatlah tinggi..


mengapa aku cakap begitu kerana aku sendiri seoranng wanita yang memakai tudung. jujur aku ingin katakan yang kadang-kadang aku sendiri memakai baju lengan pendek,yang menampakkan bentuk badan dan aku sendiri pernah melihat beberapa wanita dalam keadaan begitu..pada ketika itu aku merasakan perkara-perkara itu biasa mungkin kerana aku tidak memahami konsep sebenar menutup aurat itu apa..


tetapi apabila biro agama asrma aku mengajukan soalan ini aku rasa terpanggil untuk memahami semula konsep menutup aurat ini..bila dah kaji punya kaji rupanya banyak yang aku dah khilaf dalam isu menutup aurat.baru aku sedar yang menutup aurat ini bukan hanya dihadkan dengan memakai tudung sahaja malah  skopnya terlalu meluas..konklusi yang dapat aku buat..bagi wanita yang memakai tudung janganlah kita memandang enteng isu memakai tudung ini. marilah kita sama-sama memartabatkan agama islam yang masyur di mata dunia ini..:))


p/s:bercakap berdasarkan pengalaman:D

~cheerio





No comments: